Formula 'Body Shower'
- Nov 7, 2014
- 1 min read
Formula di bawah ialah untuk membuat syampu badan untuk mandian iaitu sabun cecair digunakan untuk mandian. Bahan-bahannya: 1.7 kg Minyak Kelapa Sawit 850 gram Minyak Kelapa 250 gram Minyak Zaitun 1.86 kg Lye Kostik Potesh 40 gram pewangi pilihan 10 gram pewarna

Cara-caranya: 1. Sediakan dahulu sehari sebelum digunakan Lye Kostik Potesh dengan mencampurkan Potassium Hydroxide ke dalam Air Suling dan biarkan melarut. 2. Timbang minyak yang akan digunakan dan campurkan ketiga-tiga minyak itu sehingga sekata, panaskan minyak tersebut sekiranya minyak kelapa membeku. 3. Campurkan pewarna dengan sedikit minyak dan tapiskan dengan kain nipis. 4. Ketika suhu minyak sekitar antara 45-50 C, masukkan larutan Lye Kostik Potesh dan kacau hingga cairan sabun terbentuk dan masukkan pewarna dan pewangi pilihan anda. 5. Kacau lagi hingga larut dan syampo mandian dengan pewangi pilihan anda telah sedia digunakan. Masukkan syampo mandian ke dalam botol yang menarik. Formula di atas ini adalah formula untuk anda menghasilkan syampo mandian anda sendiri. Bagi pengeluaran secara industry banyak perkara yang perlu anda ketahui. Untuk maklumat selebihnya KLIKCARA MEMBUAT SABUN.



Comments