top of page

SEARCH BY TAGS: 

RECENT POSTS: 

FOLLOW ME:

  • Facebook Clean Grey
  • Twitter Clean Grey
  • Instagram Clean Grey

Peluang Keemasan Disini

  • Rahsia Buat Sabun
  • Nov 10, 2014
  • 2 min read

Terima kasih kerana anda telah berkunjung ke blog ini. Sama ada anda hadir untuk mendapatkan maklumat atau tiba secara kebetulan saya ingin dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jika anda sememangnya mencari ilmu untuk membuat sabun, semoga anda berjaya mendapatkan manfaat di sini.

mendulang-bijih (1).jpg

Tetapi jika anda secara kebetulan datang ke blog ini, mungkin ini antara klu kejayaan masa depan anda. Ilmu membuat sabun, sememangnya ianya adalah ilmu yang amat bermanfaat untuk anda mengetahui cara untuk membuat sabun kerana kita semua adalah pengguna. Sejak beribu tahun orang Mesir Purba telah membuat sabun bagi kegunaan untuk membersih. Amat malang, jika ilmu yang bukan rahsia besar itu tidak diambil peduli oleh kita semua. Mungkin anda tidak menyedari bahawa telah banyak pembaziran bahan mentah atau kos yang dibayar hanya kerana anda tiada pengetahuan dalam bidang yang patut diketahui. Kalau dalam sampah pun masih ada barangan berharga, tentunya banyak lagi perkara berharga dalam timbunan ilmu. Sebagai contoh, bagi pelombong timah tradisional yang menggunakan dulang untuk mendapatkan timah akan terlepas pandang kandungan emas yang turut terdapat di dalam timah yang diperolehi daripada aktiviti mendulang tersebut. Tetapi bagi pembeli bijih timah itu, selain timah dan adakalanya emas yang terdapat dalam bijih timah itu jauh lebih tinggi harganya. Negara kita mempunyai bahan mentah seperti minyak kelapa sawit. Bahan eksport ini telah dimanfaatkan oleh pengimport luar negara dalam menghasilkan pelbagai produk termasuklah sabun berjenama. Untuk membeli sabun berjenama, kita sanggup membayar pada harga yang mahal. Maka, mengapa kita tidak membuat sabun sendiri yang mengadungi gliserin dan pelembab semulajadi. Anda juga boleh membuat sabun dengan wangian pilihan anda, yang bahan-bahannya anda tidak tahu sumbernya. Mungkin tidak anda menyedari selama ini anda menjadi pengguna pada setengah bahan tertentu yang subahah dan tidak sesuai dengan anda.

sabun03.jpg

 
 
 

Comments


© 2023 by Closet Confidential. Proudly created with Wix.com

  • b-facebook
  • Twitter Round
  • Instagram Black Round
bottom of page